Tuesday, June 9, 2009

Action Research 10

Data Analisis

1. Proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.

2. Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.

3. Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta buat angguran.

4. Terdapat 6 langkah untuk data kualitatif:

  • Langkah pertama
    1.Maklumat dilihat secara lalu
    2.Nota diambil dan dicatat berdasarkan tema yang muncul, isu atau faktor yang didengar.
    3.Item yang berulang atau penting difokuskan dan dicari.
  • Langkah dua
    1.Tiga atau empat tema/ kategori yang muncul dipilih dan matriks dibina.
    2.Carta bukti yang berkaitan dengan tema utama dibuat.
    3.Tema kategori ditempatkan di atas manakala senarai pelajar ditepinya.
    4.Warna kod yang berlainan boleh digunakan untuk setiap kategori yang berlainan.
  • Langkah tiga
    1.Tinjauan digunakan untuk membuat perbincangan dengan pendidik yang lain.
    2.Tinjauan dibaca dan kata kunci yang berkaitan dengan tema yang telah dikenalpasti dihighlightkan.
    3.Seterusnya, dapatan kajian direkodkan dalam kotak yang bersesuaian dengan carta matriks yang telah dibina.
  • Langkah empat
    1.Soalan seperti apa yang saya dapat ditanya kepada diri sendiri.
    2.Pemerhatian pola seperti pola konsep dan pola sikap yang muncul semasa lihat matriks direkodkan.
    3.Pemerhatian ditulis/direkod di bawah carta matriks.
    4.Pemerhatian disokong dengan jurnal yang dibaca
  • Langkah lima
    1.Kesimpulan direkod samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.
  • Langkah enam
    1. Fikir terhadap apa langkah yang seterusnya boleh buat, samada:
    - Tinjauan(soal selidik lain)/ Temubual/ Penilaian
    - Semak semula persoalan kajian
    2. Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
    3. Sentiasa tanya kepada diri sendiri tentang apakah maklumat yang masih diperlukan seperti:
    - Atas pelajar
    - Atas kaedah
    - Maklumat latar belakang untuk tajuk yang berkenaan

5. Kegunaan data dalam plan-do-study-act cycle:

  • Plan
    - Nilai dan ringkaskan semua data yang sedia ada
    - Analisis dan kenalpasti tema utama
    - Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
  • Do
    - Kumpul data
    - Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
  • Study
    - Analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan
  • Act
    - Kenalpasti soalan tambahan
    - Rancang untuk penambahbaikan berterusan
    -Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses yang berterusan dalam penyelidikan tindakan
    - Jangan risau jika gagal mendapat keputusan yang dikehendaki
    - Dapatan kajian adalah bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran untuk seterusnya.

Ringkasan Data Analisis

Panduan analisis data:

  • Reka bentuk pendekatan sistematik dan simpan semua data
  • Cuba memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • Cari tema dan pola
  • Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • Masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  • Baca data secara berulangan
  • Bina imej visual untuk ringkaskan maklumat. Contoh: Jadual dan Carta
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan di mana perbincangan akan menimbul soalan baru
  • "Let the data speak to you"

Proses analisis data:

  • Analisis semua data dan buat nota ringkas sepanjang masa
  • Cari tema dan pola
  • Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah buat
  • Bina subtema jika perlu
  • Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala dapatan boleh mengejutkan kita
  • Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
  • Kenalpasti poin yang utama
  • Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

No comments:

Post a Comment